Khamis, 6 Oktober 2011

Restoran Ayam Penyet Ibu Nor, Rawang

7 oct 2011 - Hanya sejauh 8km dari rumah, Restoran Ayam Penyet Ibu Nor menjadi pilihan aku dan keluarga sebagai santapan tengah hari kami. Aku memang tak sangka lah yang Restoran ayam penyet ini ada disekitar Rawang ni. Maklum lah aku selama nya menetap di daerah Rawang ni yang aku tahu makanan berlauk sahaja.ha....ha.... malu2 nak cover tak leh.......

Seperti yang telah aku janjikan kepada para pengunjung blog aku ni, aku bukan sekadar memberi info mengenai lokasi tempat2 makan sahaja tetapi aku juga akan memberi gambaran serba sedikit mengenai suasana dan persekitaran nya....... Lihat pos lalu.

Restoran Ayam Penyet Ibu Nor terletak berhampiran stesen bas Rawang dan hanya sejauh 3 km dari plaza tol plus Rawang. Selain menyediakan sajian Ayam Penyet Restoran Ibu Nor juga menyediakan pelbagai jenis menu dari hidangan ayam hingga lah hidangan laut. (udang penyet, keli penyet dan lain2). Lihat gambar sebelah

Untuk gambaran para pengunjung blog aku sekelian, semasa berada didalam restoran ini kita akan merasakan seperti kita berada diatas meja makan dirumah ....pencahayaan kuning, dengan reka bentuk ceiling bercorak dan berbunga2 serta photo2 alam semula jadi yang menyejukkan mata memandang. Tak sama pun dengan rumah aku.

Ruang dalam Restoran Ayam penyet Ibu Nor

Bagi aku persekitaran yang cantik menjadi faktor selera aku memuncak itu pun mengikut kepantasan makanan yang aku pesan dihantar...kalau restoran je cantik tapi menunggu sampai sebati punggung dengan bangku mintak maaf mau cabut aku dibuatnya....tapi jangan risau Restoran Ayam Penyet Ibu Nor ini sangat aku puji kerana tak sampai bangku aku panas hidangan yang dipesan dah pun sampai, aku order ayam penyet 3, nasi goreng 2, tempe penyet 1 dan air sirap ais 5 ..........bukan saja cepat pekerja2 yang mengambil dan menghantar pesanan juga lengkap dengan beruniform jadi senang aku nak panggil kalau2 nak tambah nasi ke tambah ayam ke .......ha....

Dari segi harga pada aku sama je ....dengan restoran2 ayam penyet yang lain..... sekitar RM10 sorang siap dengan air. Meh lihat sendiri menu2 yang ada direstoran ini.

Menu banyak kan....

Ini lah serba sedikit info yang boleh aku kongsikan bersama dengan pengunjung2 blog aku ni.....nak cerita.. sedap ayam penyet ni ... ho....boleh lah yang aku suka pat sambal nya je...yang lain bagi aku biasa je..... tapi nasi goreng dia sedap.

Ayam Penyet Resepi Restoran Ibu Nor


Moustoffa yang syok sekali bila time makan

Muaz tak leh makan kecil lagi jadi layan tido..


1 ulasan: