Isnin, 26 September 2016

Pengiraan jumlah set bagi satu musim tanaman

1) Apabila cerita bab baja dalam sistem penanaman fertigasi pasti dengar keluhan setiap pengusaha fertigasi. Walaubagaimanpun, segala persiapan lengkap dan perancangan yang rapi dapat mengurangkan tekanan dan memastikan projek kita berjalan dengan lancar. Ini termasuklah bab pembelian baja ab fertigasi.

2) Hari mari kita belajar cara-cara hendak menganggar jumlah keperluan baja untuk satu musim projek fertigasi.


3) Sifirnya sangat mudah:
Jumlah keperluan baja satu musim= (Jumlah pokok x Kuantiti pemberian baja satu hari
dalam liter x jangka masa penanaman satu musim
dalam hari) / 10000

4) Mudah sangat.

5) Ini contoh saya kira keperluan baja fertigasi untuk 1000 pokok cili. Satu hari saya bagi 0.5 Liter air baja. Manakala tempoh penanaman 6 bulan = 180 hari.

6) Jadi Jumlah keperluan baja satu musim = (1000 x 0.5 x 180) / 10000
= 9 set baja fertigasi ab

7) Di adalah cara mudah untuk kita estimate kasar untuk buat pembelian baja. Kuantiti penggunaan selalu adalah kurang 2-3 set daripada jumlah asal bergantung pada jumlah pemberian larutan baja harian kita.

8) Selamat merancang pembelian baja. TQ

penulisan asal: http://myagri.com.my/2011/05/fertigasi-pengiraan-baja-untuk-semusim/

Sabtu, 20 Ogos 2016

Bio One Plus

 
 
Pertanian adalah keperluan asas manusia
 
Pertanian merupakan aktiviti yang telah berjalan sejak ribuan tahun dahulu. Bidang pertanian berkait rapat dengan kelansungan hidup manusia sejak zaman-berzaman. Sedikit demi sedikit teknologi pertanian telah dimajukan dan pelbagai penemuan baru dihasilkan untuk menambah baik produk dan hasil yang dikeluarkan. Daripada pertanian berasaskan bahan semula jadi, ketamakan manusia untuk menghasilkan pendapatan tinggi telah mendorong penggunaan bahan-bahan kimia berbahaya didalam sektor ini untuk mengawal penyakit dan perosak serta meningkatkan pengeluaran per hektar. Hasilnya memang memuaskan, tetapi didalam jangka masa panjang boleh mendatangkan mudarat seperti ancaman penyakit berbahaya yang dihadapi oleh masyarakat moden sekarang seperti penyakit-penyakit kronik termasuk juga kanser. 
 
Kembali kepada asas kesihatan ekonomi dan kebahagiaan
 
Pihak kami amat prihatin mengenai perkara ini, atas sebab yang demikian, berdasarkan konsep dan prinsip kembali kepada asas, pihak kami telah menjalankan kajian dan mengeluarkan produk-produk bermutu berkaitan di dalam industri pertanian secara organik agar membantu petani dan sesiapa sahaja untuk tujuan kesihatan, ekonomi dan kebahagian keluarga dengan menggalakkan pengunaan produk tanpa perlu menggunakan bahan kimia berbahaya dari baja hinggalah kepada penggunaan racun perosak dan sebagainya untuk manfaat kesihatan, ekonomi, dan kebahagian setiap lapisan rakyat Malaysia dan seluruh dunia.
 
 
 
Baja (A+B) Organik
Baja cecair yang mendapat sambutan hangat diseluruh Malaysia ini boleh didapati didalam botol-botol berisipadu 5 liter dan 25 liter.
Kandungan:
Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.
Kebaikan:
Bio One Plus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.
FUNGSI UTAMA PRODUK
- Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
- Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
- Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
- Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
- Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
- Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan
 
Cara Bancuhan Baja
CARA BANCUHAN BAJA CECAIR ( KAEDAH SIRAMAN BIASA )
 
 250ML + 20 liter air - Untuk Padi (air bancuhan baja boleh digunakan semasa rendaman biji benih (percambahan). Penggunaannya semusim 3 kali iaitu ketika semai, anak dan bunting, dan kaedah yang biasa di gunakan ialah semburan berkabus atau kocakkan terus ke petak sawah (caranya ambil 10ml bio-oneplus atau 1 penutup terus kocakkan ke dalam petak sawah setiap 6 kaki. Kocakkan keliling petak sawah 3 kali semusim 

 10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Sayur-Sayuran seperti sawi,salad,kobis, kucai,jagung,bayam,kangkung, dan lain-lain lagi ( siram sebelah pagi anggaran secawan teh ais atau 250 ml 3 hari hingga 7 hari sekali )

10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Berbunga seperti ros,puding,bonzai,kertas.kekwa dan lain-lain lagi / jika untuk orkhid kaedah remdam digalakkan selama 15 minit atau sehingga akar orkhid kehijauan ( siram sebelah pagi anggaran secawan teh ais atau 250ml 3 hari hingga 7 hari sekali untuk orkhid kaedah rendam )

10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Sayuran Berbuah seperti cili,jagung,kacang panjang,buncis,bendi dan lain-lain lagi ( siram setiap hari atau 2 hingga 3 hari sekali sebelah pagi anggaran secawan teh ais sepokok,atau menggunakan pam springkler atau manual )
  10ml @ 1 penutup botol + 2 liter air - Untuk Tanaman Berbuah seperti durian,mangga,dokong,rambutan dan lain-lain lagi ( siram sebelah pagi anggaran sepokok 1/2 liter hingga 1 liter air sepokok 2 minggu sekali atau sebulan sekali )
10ml @ 1 penutup botol + 2 liter air - Untuk Kelapa Sawit ( siram sebelah pagi anggaran 1/2 liter hingga 1 liter sepokok )
 
CARA SEMBURAN BERKABUS ( UNTUK PENCEGAHAN ; RAWATAN DAUN/BUNGA/BATANG )  
*PERINGATAN* cara semburan berkabus ialah 2 kaki dari pokok tanaman dan cara bancuhannya sama seperti jenis-jenis tanaman di atas KAEDAH BANCUHAN SISTEM FERTIGASI ( MODEN )
 
Untuk media sekam @ sabut sahaja 100% sukatan ialah 10ml + 4 liter air (3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.5 hingga 2.0 untuk baja cecair mikro bio-oneplus ) Untuk media campuran sekam.sabut,tanah kadar sukatan ialah 10ml + 4 liter air ( 3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.0 hingga 2.0 )
 
 
ü     7 BAJA DALAM SATU BOTOL
ü     KUANTITI SEBOTOL 5 LITER
ü     AMAT SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN, SAWAH PADI
ü     MENJIMATKAN KOS ANDA
 
...............................................................................................................................
 
Hubunggi Umam untuk keterangan lanjut
Whatapps 019-2018985